PSD PET CENTRE LANGKAWI beralamat di padang matsirat ditubuhkan pada september 2015.Niat awal untuk menjalankan perniagaan untuk menjual kucing cantik seperti persian dan lain2.Niat ini tidak dapat di tunaikan sebab mata yang melihat anak2 bulus jalanan sangat memeritkan.so muncul la niat nk menyelamatkan kucing jalanan.duit dari hasil jualan kami saya salurkan untk membantu kucing jalanan.Pada peringkat pertama program kami berjalan lancar...kerana kedai baru so kami merupakan pelopor untuk menyelamatkan kucing jalanan.selepas 6 bulan beroperasi sales sedikit drop kerana ada kedai kucing yg baru buka. Aku x kisah sangt aku percaya rezeki allah..segalanya berjalan lancar byk jugak kucing yang berjaya dibantu.kami menjalankan proses pemandulan kucing di sebuah klinik swasta pada ketika itu proses pemandulan adalah percuma dan amat memudahkan urusan kami untuk mengurangkan populasi kucing terbiar.
duit yang dapat kami banyak guna untuk rawatan kucing.bila dana sentiasa ada pihak klinik swasta telah menaikkan harga untuk kucing jalanan yg nak di mandulkan dari rm50 untuk kucing jantan dan rm80 untuk kucing betina kami masih mampu lagi untuk menanggung kos tersebut.tapi pada awa tahun 2017 harga melonjak naik ke rm 100 untuk jantan dan rm 150 untuk kucing betina.kami sudah tidak mampu untuk menaggung kos pemandulan kucing jalanan.
PSD PET CENTRE cuba bantu dari segi membuat perhidmatan seperti hotel kucing dan grooming setakat sekarang dana merudum.Kekangan kewangan sangat teruk.saya sebagai tuan kedai amik inisiatif dengan bekerja bagi menampung kos makanan dan kucing jalanan.Dalam perniagaan bohong kalau kita tak berhutang.selama hampir setahun nie kami berjaya menyelesaikan banyak hutang tertunggak.cuma saya memerlukan masa untuk menyelesaikan hutang dengan sebuah kedai sahaja beralamat di Alor setar nama tuan kedai abg farid .Maaf saya akan cuba selesaikan dalam masa terdekat.Abg farid byk bantu saya dalam memulakan perniagaan.saya mohon doa org ramai utk selesaikan hutang ni.Semoga allah permudahkan
Dari sekarang saya akan sedia update mengenai dunia kucing di langkawi.
saya mohon penduduk disekitar langkawi buka mata dan minda untuk memandulkan kucing peliharaan mereka supaya tiada lagi isu pembuangan kucing.Nasib diorang ntah mcm mana..
